Hari St Patrick

Hari Santo Patrick (Bahasa Inggeris: Saint Patrick's Day, Bahasa Ireland: Lá Fhéile Pádraig) ialah perayaan tahunan yang disambut pada 17 Mac, sebagai tanda memperingati bakti Santo Patrick (circa 387–493 M), santo penaung Ireland yang paling dikenali ramai. Perayaan St Patrick yang bermula sebagai perayaan Kristian yang menjadi hari kenduri pada 1600-an, bagaimanapun kini lebih berbentuk perayaan sekular kebudayaan Ireland.Selain menjadi cuti umum di pulau Ireland (Ireland Utara dan Republik Ireland), Hari St Patrick juga disambut secara meluas di kawasan-kawasan yang diduduki oleh ramai warga berketurunan Ireland termasuk di Great Britain, Kanada, Amerika Syarikat, Argentina, Australia, New Zealand, Montserrat dan lain-lain lagi.